Warisan Sejarah, Khazanah Dunia

"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"

Visi

“Menjadi pusat rujukan dunia dalam kajian Hang Tuah dan Ketamadunan Melayu Melaka sebagai asas kecemerlangan sejarah, warisan, budaya dan peradaban serantau.”

Misi

  1. Mengangkat ketokohan Hang Tuah dan tokoh Kesultanan Melayu Melaka melalui penyelidikan ilmiah yang komprehensif serta perundingan berasaskan sumber tempatan dan antarabangsa.
  2. Memperkasa pengumpulan, pendokumentasian dan pemuliharaan manuskrip, dokumen dan artifak berkaitan Hang Tuah dan Ketamadunan Melayu Melaka sebagai khazanah negara.
  3. Memperluas penyebaran ilmu melalui penerbitan, program bersama masyarakat dan produk ilmiah yang menyokong pembangunan pelancongan warisan, sejarah dan budaya Negeri Melaka.

Bidang Tujahan

Sejarah dan Peradapan

Kajian Manuskrip

Warisan, Seni dan Budaya

Falsafah dan Pemikiran

Carta Organisasi

Aktiviti

Penyelidikan

  1. Penyelidikan Hang Tuah Menerusi Sumber-Sumber Baharu (2024)
  2. Penyelidikan Sejarah Kegemilangan Maritim Melaka Berasaskan Diplomatik dan Undang-Undang Laut Melaka (2025-2026)

Perundingan

  1.  Inisiatif Global Pendigitalan Manuskrip Hikayat Hang Tuah (Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia) (2025)

Penerbitan

  1. Jurnal Tuah

Rakan Kerjasama